Tuesday, April 13, 2010

Petua Pengiklanan Berkesan (Bab 1-18)

Bab 1

Sub topik: Lebih banyak penerangan, lebih peluang untuk dijual.

Secara ringkasnya ia bermaksud, lebih banyak maklumat yang diberikan kepada pelanggan anda, lebih cerah peluang anda menghasilkan jualan.

Anda perlu menceritakan kepada mereka segala-galanya. Beritahu mereka apa yang dapat dimanfaatkan jika membeli produk anda. Beritahu mengapa mereka perlu membeli daripada anda. Yang lebih penting, mengapa mereka perlu membayar anda!

Berikan keseluruhan informasi

Anda harus memastikan anda memberikan keseluruhan informasi setiap kali iklan anda disiarkan.Tetapi, harus diingat, bakal pelanggan tidak akan membaca iklan anda seperti mereka membaca buku! Dan mereka juga tidak akan menanti akan kemunculan iklan anda yang bersiri!Sama sekali mereka tidak akan mempedulikan iklan bersiri.

Selepas anda berjaya mendapatkan perhatian pembaca iklan anda, anda mesti memberikan segala sebab musabab mengapa mereka perlu membeli produk atau perkhidmatan anda pada waktu itu juga! Tidak pada masa akan datang kerana bakal pelanggan yang membaca iklan anda pada waktu itu melalui kajiannya 95 peratus daripada mereka tidak akan menjumpai iklan anda untuk tempoh yang lama, mungkin berbulan atau bertahun atau selama-lamanya!

Secara analoginya. anda tidak akan menghantar jurujual terbaik anda kepada bakal pelanggan anda dan beritahu mereka “Ingat nama bisnes kami, slogan yang hebat kami, dan hubungi kami”. Apakah begitu matlamat utamanya? Sudah tentu tidak. Yang pasti, sudah tentu anda mahukan mereka membeli dari anda – maka anda perlu berikan mereka segala sebab musabab perlunya mereka membeli dari anda.

Dan begitulah juga fungsinya iklan, berikan mereka segala-galanya. Ingat perkara ini, iklan anda merupakan jurujual anda.

Segala iklan diibaratkan sebagai seorang jurujual dalam bentuk cetakan atau apa jua medium pengiklanan yang anda pasarkan contohnya: tv, radio, internet

Bab 2

Sub topik:Gunakan tajuk utama untuk menarik bakal pelanggan sasaran.

Anda boleh meningkatkan kadar iklan anda dibaca sebanyak 19 kali dengan menggunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat.

Tajuk utama/ kepala tajuk adalah iklan sebenar kepada iklan anda! Ia mampu menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan iklan anda. Realitinya, lebih 80 peratus kejayaan iklan bergantung kepada tajuk utama/ kepala tajuk yang anda siarkan.

Contoh yang mudah adalah anda sendiri akan membaca berita didalam akhbar yang mempunyai tajuk utama/ kepala tajuk yang menarik?Bukankah begitu. Kajian mendapati kadar pembaca membaca tajuk utama/kepala tajuk adalah 5 kali lebih daripada membaca keseluruhan teks. Jadi, gunakan peluang ini untuk menarik bakal pelanggan sasaran anda dengan tajuk utama/kepala tajuk yang “membunuh”!(buat mereka baca seluruh iklan anda)

Gunakan berbagai-bagai jenis tajuk utama/kepala tajuk dan akhirnya anda menemui tajuk yang paling hebat ibarat seorang jurujual terbaik anda. Tajuk utama/ kepala tajuk itu dikatakan hebat apabila bakal pelanggan anda memberikan respond an menyatakan minat mereka. Jadi gunakan ia seperi anak panah yang mengenai sasarannya- gunakan kepada sasaran pelanggan anda.

Baiklah, mari kita lihat 2 contoh tajuk utama/ kepala tajuk untuk iklan sebuah kamera:
• Nikmati kemeriahan hari perkahwinan anda. Kami abadikan kenangannya selama- lamanya.
• Tangkaplah gambar yang jelas dengan cepat dan senang setiap masa!!

Baiklah, jelas sekali tajuk utama/kepala tajuk pertama langsung tidak menarik perhatian seseorang yang berminat dalam bidang fotografi. Tajuk utama/kepala tajuk kedua lebih menarik perhatian bakal pelanggan anda!

Kesimpulannya, gunakan tajuk utama/ kepala tajuk yang tepat dalam iklan anda. Saya jamin anda akan meraih sesuatu yang positif.

Bab 3

Subtopik: Jual faedah bukan isi kandungan.

Isi kandungan adalah perkara yang terdapat dalam produk anda. Faedah pula adalah perkara yang menawarkan sesuatu berguna kepada bakal pelanggan anda.

Contohnya:
Proton Gen.2 mempunyai kendalian berteknologi Lotus. Faedahnya ialah teknologi Lotus menawarkan pemanduan yang lancar.

Sekarang anda tahu apakah perbezannya! Anda perlu menekankan iklan anda pada faedah produk anda dan bukanlah isi kandungannya. Bagaimanapun jika anda masih merasakan isi kandungan juga sesuatu yang tidak harus dipinggirkan, pastikan ia sentiasa diikuti oleh faedahnya.

Contohnya:
Proton Gen.2 mempunyai pemanduan yang paling lancar dalam kelasnya, terima kasih pada kendalian berteknologi Lotus yang terdapat padanya.

Jika ini anda inginkan cara ini, anda perlu mengiklankan faedah dahulu barulah pada isi kandungannya. Ini kerana, bakal pelanggan hanya berminat kepada manfaat yang diperolehi mereka. Mereka ingin mengetahui, “Apakah produk ini mampu beri pada mereka”. Mereka tidak melayan sebarang cerita indah ciptaan anda kecuali ia membawa makna kepada mereka dahulu.

Saya pernah menerima iklan di peti surat yang menyatakan seseorang telah mula membuka kedai cermin mata di kawasan saya. Iklan tersebut menceritakan kejayaan orang berkenaan berjaya membuka cawangan yang kesepuluh dikawasan saya dan dinyatakan lokasinya. Diakhir perenggan barulah dinyatakan diskaun 50 peratus yang ditawarkan.

Siapa peduli? Sememangnya saya tidak berminat sama sekali akan iklan tersebut. Dan saya juga yakin, majoriti dari anda hanya akan membuang iklan tersebut. Sudah tentu anda tidak akan membaca sehinggalah perenggan akhir untuk mencari-cari apakah faedah yang diberikan pemilik kedai tersebut.

Sentiasa ingat perkara ini:

Faedah mampu menjual sedangkan isi kandungan tidak sama sekali.
Jika anda masih sukar mencari faedah pada produk anda, lakukan perkara mudah ini. Senaraikan segala isi kandungan pada produk anda pada sehelai kertas dan anda sendiri mencari jawapannya dengan bertanya pada setiap isi kandungan: “Apakah yang dapat ditawarkan pada anda, apa yang anda dapat, apa yang ia boleh bantu?”.

Jawab lagi soalan ini: “Apakah kegunaannya pada anda?” Jawapan anda sudah tentu faedahnya!

Maka, oleh itu anda dengan mudahnya dapat menyiarkan faedah pada iklan anda!

Bab 4

Subtopik:Gunakan fakta sebenar bukannya fakta umum.

Untuk mengatakan “akan bertahan lama” atau “digunakan oleh lebih 900 orang” atau “lebih 500 untuk dipilih dari” atau “servis hebat” atau “hamper 500,000 terjual” atau “mencuci lebih baik” sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bakal pelanggan anda. Kerana mereka tidak akan mempercayai anda!

Ikhlas saya katakana, perkara-perkara diatas adalah sesuatu yang umum. Bakal pelanggan tidak mahu sesuatu yang umum, mereka mahukan fakta sebenar atau gambaran sebenar. Selalunya, mereka beranggapan sesuatu yang umum selalunya rekaan – tetapi jika ianya fakta sebenar ianya adalah benar.

Berikan bakal pelanggan anda fakta dan keputusan sebenar dan mereka akan lebih mempercayai anda. Jadi, jika sedemikian, anda mampu menghasilkan lebih jualan.

Berikan fakta sebenar dari memberi fakta umum. Contohnya “Kami menawarkan pilihan 1392 warna” atau “Kami mempunyai 163 stail untuk dipilih daripada” atau “Ia berfungsi 32.6 peratus lebih baik dari produk X” atau “Ia tahan 27.3 peratus lebih lama” atau “4875 sudah terjual” atau “selepas 68 kali basuhan ia tidak mempunyai sebarang kesan”.

Harus diingat, apabila anda memberikan fakta yang spesifik, bakal pelanggan akan mempercayai anda. Mereka akan berfikir anda sememangnya mengira jumlah warna atau anda telah melakukan perbandingan ujian untuk mengira berapa lama ketahanan produk anda!

Apabila anda melakukan perbandingan, pastikan anda menyatakan apa yang anda bandingkan. Ini kerana jika anda mengatakan 46 peratus lebih baik sahaja bakal pelanggan akan bertanya “Lebih baik dari apa? Mungkin lebih baik dari tidak menggunakan apa-apa produk.

Jadi, berikan fakta sebenar dan gambaran. Hidupkan iklan anda –jadikan ia lebih dipercayai. Saya pasti anda mampu membuat jualan.


***Nantikan keluaran seterusnya

No comments:

Post a Comment